top of page
Search

KETAHUI APAKAH JENIS KULIT ANDA ?

  • Writer: Izzah Al Kadr
    Izzah Al Kadr
  • Oct 31, 2020
  • 1 min read

Tahukah anda kita harus mengetahui jenis kulit sendiri ? Ia PENTING tahu jenis produk mana yang sesuai. Terdapat 5 jenis kulit yang harus kita ketahui antaranya :

1. Kulit Normal 2. Kulit Berminyak 3. Kulit Kering 4. Kulit Kombinasi 5. Kulit Sensitif


1. KULIT NORMAL

Kulit yang tidak terlalu berminyak dan tidak terlalu kering. Sesiapa yang memiliki kulit normal ni sangat dicemburui kerana ia sejenis kulit sukar menimbulkan masalah. Kiranya pakai apa apa produk pun memang sesuai !


2. KULIT BERMINYAK

Jenis kulit yang mengeluarkan minyak berlebihan.Alamak kesiannyaaa. Kulit ini sangat berisiko untuk jerawat naik silih berganti disebabkan pori pori senang tersumbat akibat pengeluaran minyak berlebihan. Haa i nak ingatkan kurangkan makanan berminyak okay ?


3. KULIT KERING

Kulit kering pula jenis kulit yang sukar mengeluarkan minyak. Disebabkan kekurangan penghasilan minyak, kulit senang menggelupas, gatal gatal. Sebab tulah muka mudah nampak kusam.


4. KULIT KOMBINASI

Kulit kombinasi pula kulit yang mengeluarkan minyak berlebihan di zon T iaitu bahagian dahi, hidung, dan dagu. Kawasan lain kulit kering dan normal. Kesannya kulit mudah dapat bintik bintik hitam, pori pori besar.


5. KULIT SENSITIF

Kulit jenis ni paling kesian kerana mudah terkena radang, gatal gatal, merah, sakit dan kering. Memang perlu berhati hati dalam pemilihan produk. Haa. So, pastikan korang pilih produk yang betol mengikut jenis kulit korang yer supaya kulit kekal sihat .




 
 
 

Comentários


bottom of page